PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA


PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA



APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA?

Pemerolehan bahasa pertama merupakan satu peringkat pemerolehan bahasa yang tidak langsung. Dengan erti kata lain, individu yang terlibat pada peringkat ini tidak melalui aktiviti pembelajaran bahasa terdahulunya dimana individu yang dimaksudkan ini ialah kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum kemahiran berbahasa pada peringkat kanak-kanak atau bayi sangatlah minimum. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak atau bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai kemampuan otak setara dengan individu dewasa. Perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat ini bergantung kepada faktor sekeliling termasuk ibu bapa yang memebesarkan anak tersebut. Maka terdapat beberapa peringkat yang dilalui kanak-kanak untuk mencapai satu-satu tahap bahasa.

 

PERINGKAT VOKALIS ATAU BABELAN

                     

Pada peringkat babelan atau vokalis inilah wujudnya bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi yang pelbagai seperti ketawa, menangis dan lain-lain. Seperti yang kita semua tahu semua bayi yang dilahirkan akan mengeluarkan bunyi tidak terkecuali bayi yang yang mengalami kecacatan pendengaran akan tetap mengeluarkan bunyi-bunyian yang tertentu. Bunyi-bungi yang dikeluarkan oleh bayi ini merupakan bunyi-bunyi yang bukan dipelajari oleh seseorang manusia dimana ianya merupakan satu keupayaan semulajadi bayi yang baru lahirkan. Vokalis adalah vokalisasi yang tidak mempunyai tujuan yang diujarkan tanpankawalan kognitif pusat. Semua proses di dalam peringkat bebelan atau vokalis ini dibunyikan tanpa sebarang tujuan oleh bayi.

PERINGKAT HOLOFRASA




Pada peringkat ini pula ianya melibatkan kata pertama kanak-kanak di dalam lingkungan umur 10 bulan hingga ke 18 bulan. Kanak-kanak akan menghasilkan satu kata yang mungkin mempunyai maksud tertentu untuk ditafsirkan. Penyelidikan yang dilakukan oleh Greenfield dan Smith pada tahun 1976 kanak-kanak menyampaikan pelbagai bunyi semantik dengan menggunakan satu kata atau perkataan tunggal .Sebagai misalan, “susu” jika ditafsirkan secara umumnya merupakan suatu minuman atau cecair yang berlemak tetapi jika dilihat dari sudut pemikiran kanak-kanak, kata ini boleh merujuk kepada “saya hendak susu”. Perkara ini jelas menunjukkan kanak-kanak akan menggunakan satu perkataan tunggal untuk menyampaikan makna yang difirkannya berbeza dengan seorang dewasa yang memerlukan satu perkataan ayat bagi memahami sesuatu maksud. Bukan itu sahaja, kata tunggal seperti “bus” atau “car” boleh merujuk kepada keadaan yang boleh diingati kanak-kanak tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya. Oleh yang demikian, sesuatu kata tunggal yang dikeluarkan oleh kanak-kanak itu mungkin mempunyai maksud yang berbeza daripada pandangan orang dewasa dan ianya mungkin sukar difahami bergantung kepada ibu bapa yang membesarkan mereka.

PERINGKAT TELEGRAFIK

Jika pada peringkat Holofrasa kanak-kanak hanya mengetahui kata tunggal atau satu kata sahaja, pada peringkat telegrafik pula ianya melibatkan ujaran dua atau tiga kata. Pada usia dua hingga tiga tahun kanak-kanak mula mengujarkan dua atau tiga kata dimanakan ujaran inilah yang akan membantu atau menambahkan lagi tahap perhubungannya. Ada beberapa ciri yang yang boleh diketengahkan pada peringkat ini seperti kurangnya penggunaan kata tugas, persamaan urutan kata orang dewasa yang sama dengan kanak-kanan dan mempunyai tujuan tertentu. Ciri yang pertama iaitu penggunaan kata tugas yang kurang dimana kanak-kanak pada tahap ini lebih menggunakan kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Berbeza dengan ciri yang kedua iaitu persamaan urutan kata kanak-kanak dengan urutan kata orang dewasa. Misalnya perkataan “My cat” diujarkan oleh kanak-kanak bukannya “cat my”. Disini kita boleh lihat bahawa sudah berlakunya pembelajaran dalam urutan kata oleh kanak-kanak, namun begitu ianya masih boleh berlaku kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak.



Rujukan

Norul Haida Binti Hajah Reduzan. 2013. Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Khazriyati Salehuddin. 2018. Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandqsoan Bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seonjono Dardjowidjojo. 2007. Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dan Issac Slobin. 1991. Ilmu Psikolinguistik.Sepangir: Percetakan Asni Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, Adenan Ayob. 2010. Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Emeritus Publication.





























































































Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

KECELARUAN BAHASA