KECELARUAN BAHASA

 

KECELARUAN BAHASA (DISLEKSIA)



Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka yang telah mencecah umur 12 bulan mula mengeluarkan perkataan dari mulutnya seperti “mama”dan “papa”?. Namun begitu, sesetenagh kanak-kanak tidak mengalami situasi demikian atas faktor-faktor yang tertentu dimana salah satu penyebabnya ialah kecelaruan bahasa (language disorders) atau boleh kita kategorikan sebagai disleksia.

APA ITU KECELARUAN DISLEKSIA?

Disleksia tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi ianya merupakan gangguan pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, menurut Sheula Devaraj dan Samsilah Roslan. disleksia berasal daripada perkataan Greek dys yang bermaksud “kesukaran”dan lexis yang bermaksud “bahasa”. Walaupun begitu ianya bukan bermakna kanak-kanak ini mempunyai masalah pada mentalnya dimana menurut Kementerian Pelajaran Mlaysia (KPM) sendiri, murid yang mengalami disleksia ini merupakan murid yang mempunyai tahap kecerdasan mental yang tinggi dan mereka boleh melebihi tahap murid-murid yang lain tetapi mempunyai sedikit kesukaran dalam aspek bertutur atau mengeja. Terdapat beberapa jenis didleksia yang kitab oleh ketahui sepeerri yang berikut;

 

Jenis Disleksia

Penerangan

Disleksia Primer

Diskleksia Primer ini merupakan satu peringkat disleksia yang disebabkan oleh keturunan terdahulu. Penghidap disleksia ini ini kebiasaanya telah menunjukkan simptom-simptom disleksia sejak kecil lagi. Gejala ini secara umumnya akan kekal hingga seseorang inidvidu itu mencapai umur dewasa. Majoriti penghidap disleksia primer ini adalah dari kalangan jantina lelaki.

Disleksia Sekunder

Disleksia sekunder ini merupakan satu disleksia di mana seorang kanak-kanak yang (brain damage) pada usia yang muda. Kecederaan pada otak inilah yang membuatkan kanak-kanak tersebut mengalami ganguan membaca walaupun usia mereka sudah beranjak dewasa. Individu penderita disleksia sekunder ini biasanya tidak memiliki keturunan keluarga penderita disleksia. Disleksia jenis mungkin oleh terjadi disebabkan gangguan pada proses kehamilan, gangguan pada proses kelahiran atau masalah yang terjadi ketika anak tersebut masih bayi.

Disleksia Trauma

Berbeza dengan disleksia primer dan sekunder, disleksia trauma kebiasaanya terjadi kepada orang dewasa. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya penyakit seperti stroke misalnya, yang mengakibatkan cedera pada otak sehingga fungsi kebahasaan terganggu. Penghidap disleksia traumatis ini sering mengalami kehilangan kemampuan membaca.

 

FAKTOR -FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA

1)Keturunan



Antara faktor-faktor terjadinya disleksia yang utama adalah keturunan. Hal ini dikatakan demikian kerana genetik sesorang individu kebiasaanya tidak boleh diubah. Menurut kajian, seorang bapa yang menghidapi disleksia berpotensi menurunkan disleksianya 39% pada anak laki-lakinya dan 17-18% pada anak perempuannya. Berbeza pula dengan  seorang ibu yang menghidapi disleksia pula berpotensi menurunkan disleksianya 34% pada anak lelaki dan 17-18% pada anak perempuannya dan jika salah satu anaknya mengalami disleksia maka 50% adik-beradiknya juga akan mengalami disleksia. Bukan itu sahaja, disleksia ini juga cenderung berlaku pada keluarga yang mempunyai anggota kidal dimana ibu bapa yang mengalami disleksia ini secara tidak langsung menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak yang menggunakan anggota kidal yang dikenalpasti sebagai disleksia.

 

2)Pemakanan



     Mungkin ada yang menyatakan aspek pemakanan merupakan aspek yang tidak menjadikan seseorang itu disleksia sedangkan pemakanan yang seimbang dapat menghasilkan kalori yang mencukupi disamping pengambilan bahan-bahan makanan seperti vitamin, zat kalian(mineral), dan protein. Perkara yang melibatkan aspek pemakanan yang seimbag sangat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana jika pemakanan kanaj-kanak yang sedang pesat mengalami pertumbuhan tidak mencukupi, maka ianya mampu mewujudkan pertumbuhan yang terencat. Berdasarkan beberapa penyelidikan terdapat bahan penyedap makanan , bahan awet dan pewarna tiruan yang boleh mengganggu otak seseoang individu. Antaranya ialah zat pewarna makanan, salicylatesmdan atidioksidan.

 

3)Biologi



Melalui aspek biologi kanak-kanak disleksia biasanya dilahirkan tidak cukup bulan atau kesukaran dalam kelahiran. Perkara-perkara inilah yang menjadikan seorang kanak-kanak itu berlaku kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Satu kajian yang dilakukan menggunakan mesin pengimejan reasons magnetik (MRI), penghidap disleksia mengalami kerosakkan otak sejak mereka di dalam kandungan lagi terutamanya pada bahagian kiri otak mereka.


Rujukan

Norul Haida Binti Hajah Reduzan. 2013. Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Khazriyati Salehuddin. 2018. Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandqsoan Bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seonjono Dardjowidjojo. 2007. Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dan Issac Slobin. 1991. Ilmu Psikolinguistik.Sepangir: Percetakan Asni Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, Adenan Ayob. 2010. Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Emeritus Publication.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA