KECELARUAN BAHASA
KECELARUAN BAHASA (DISLEKSIA)
Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka yang
telah mencecah umur 12 bulan mula mengeluarkan perkataan dari mulutnya seperti
“mama”dan “papa”?. Namun begitu, sesetenagh kanak-kanak tidak mengalami situasi
demikian atas faktor-faktor yang tertentu dimana salah satu penyebabnya ialah
kecelaruan bahasa (language disorders) atau boleh kita kategorikan sebagai
disleksia.
APA ITU KECELARUAN DISLEKSIA?
Disleksia tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi
ianya merupakan gangguan pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.
Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, menurut Sheula Devaraj dan Samsilah
Roslan. disleksia berasal daripada perkataan Greek dys yang bermaksud
“kesukaran”dan lexis yang bermaksud “bahasa”. Walaupun begitu ianya bukan
bermakna kanak-kanak ini mempunyai masalah pada mentalnya dimana menurut
Kementerian Pelajaran Mlaysia (KPM) sendiri, murid yang mengalami disleksia ini
merupakan murid yang mempunyai tahap kecerdasan mental yang tinggi dan mereka
boleh melebihi tahap murid-murid yang lain tetapi mempunyai sedikit kesukaran
dalam aspek bertutur atau mengeja. Terdapat beberapa jenis didleksia yang kitab
oleh ketahui sepeerri yang berikut;
|
Jenis Disleksia |
Penerangan |
|
Disleksia Primer |
Diskleksia
Primer ini merupakan satu peringkat disleksia yang disebabkan oleh keturunan
terdahulu. Penghidap disleksia ini ini kebiasaanya telah menunjukkan
simptom-simptom disleksia sejak kecil lagi. Gejala ini secara umumnya
akan kekal hingga seseorang inidvidu itu mencapai umur dewasa. Majoriti
penghidap disleksia primer ini adalah dari kalangan jantina lelaki. |
|
Disleksia Sekunder |
Disleksia
sekunder ini merupakan satu disleksia di mana seorang kanak-kanak yang (brain
damage) pada usia yang muda. Kecederaan pada otak inilah yang membuatkan
kanak-kanak tersebut mengalami ganguan membaca walaupun usia mereka sudah
beranjak dewasa. Individu penderita disleksia sekunder ini biasanya tidak
memiliki keturunan keluarga penderita disleksia. Disleksia jenis mungkin oleh
terjadi disebabkan gangguan pada proses kehamilan, gangguan pada proses
kelahiran atau masalah yang terjadi ketika anak tersebut masih bayi. |
|
Disleksia Trauma |
Berbeza
dengan disleksia primer dan sekunder, disleksia trauma kebiasaanya terjadi
kepada orang dewasa. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya penyakit
seperti stroke misalnya, yang mengakibatkan cedera pada otak sehingga fungsi
kebahasaan terganggu. Penghidap disleksia traumatis ini sering mengalami kehilangan
kemampuan membaca. |
FAKTOR -FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA
1)Keturunan
Antara faktor-faktor terjadinya disleksia yang utama
adalah keturunan. Hal ini dikatakan demikian kerana genetik sesorang individu
kebiasaanya tidak boleh diubah. Menurut kajian, seorang bapa yang menghidapi
disleksia berpotensi menurunkan disleksianya 39% pada anak laki-lakinya dan
17-18% pada anak perempuannya. Berbeza pula dengan seorang ibu yang menghidapi disleksia pula
berpotensi menurunkan disleksianya 34% pada anak lelaki dan 17-18% pada anak
perempuannya dan jika salah satu anaknya mengalami disleksia maka 50%
adik-beradiknya juga akan mengalami disleksia. Bukan itu sahaja, disleksia ini
juga cenderung berlaku pada keluarga yang mempunyai anggota kidal dimana ibu
bapa yang mengalami disleksia ini secara tidak langsung menurunkan gangguan ini
kepada anak-anaknya atau anak yang menggunakan anggota kidal yang dikenalpasti
sebagai disleksia.
2)Pemakanan
Mungkin ada
yang menyatakan aspek pemakanan merupakan aspek yang tidak menjadikan seseorang
itu disleksia sedangkan pemakanan yang seimbang dapat menghasilkan kalori yang
mencukupi disamping pengambilan bahan-bahan makanan seperti vitamin, zat
kalian(mineral), dan protein. Perkara yang melibatkan aspek pemakanan yang
seimbag sangat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana jika pemakanan
kanaj-kanak yang sedang pesat mengalami pertumbuhan tidak mencukupi, maka ianya
mampu mewujudkan pertumbuhan yang terencat. Berdasarkan beberapa penyelidikan
terdapat bahan penyedap makanan , bahan awet dan pewarna tiruan yang boleh
mengganggu otak seseoang individu. Antaranya ialah zat pewarna makanan,
salicylatesmdan atidioksidan.
3)Biologi
Melalui aspek biologi kanak-kanak disleksia biasanya
dilahirkan tidak cukup bulan atau kesukaran dalam kelahiran. Perkara-perkara
inilah yang menjadikan seorang kanak-kanak itu berlaku kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan. Satu kajian yang dilakukan menggunakan mesin
pengimejan reasons magnetik (MRI), penghidap disleksia mengalami kerosakkan
otak sejak mereka di dalam kandungan lagi terutamanya pada bahagian kiri otak
mereka.
Rujukan
Norul Haida Binti Hajah Reduzan. 2013. Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim: Emeritus Publication.
Khazriyati Salehuddin. 2018. Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandqsoan Bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seonjono Dardjowidjojo. 2007. Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Dan Issac Slobin. 1991. Ilmu Psikolinguistik.Sepangir: Percetakan Asni Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf, Adenan Ayob. 2010. Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Emeritus Publication.




Terima kasih saudara atas perkongsian
ReplyDeleteMaklumat yang lengkap dan jelas. Terima kasih.
ReplyDeletehuraian yang terbaik, syabas saudara
ReplyDelete