PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 

KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

     Secara umumnya, pemerolehan bahasa kedua merupakan satu bahasa yang diperoleh oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya. Proses pemerolehan bahasa kedua ini boleh berlaku dalam keadaan formal atau tidak formal dimana ianya merujuk kepada bahasa yang sedia ada dalam persekitaran individu tersebut dan kebiasaanya proses pemerolehan bahasa ini melibatkan individu dewasa. Walaupun persekitaran mempengaruhi pemerolehan bahasa kedua ini tetapi ianya tidak mustahil diperolehi melalui faktor-faktor yang lain.

 

FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA 

i)Polisi sesebuah negara

 

     Faktor yang pertama ialah polisi sesebuah negara dimana polisi merupakan satu dasar kerajaan yang menetapkan satu-satu perkara untuk rakyatnya melaksanakan dasar tersebut. Dalam konteks ini wujud negara yang telah menetapkan bahasa kedua bagi negara mereka. Misalnya, Sweden, Denmark, Singapura, dan Malaysia yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk diamalkan rakyat mereka. Negara kita sendiri iaitu Malaysia tidak terkecuali sebagai negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atas faktor-faktornya tersendiri. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa “Lingua Franca” pada ketika ini, maka ada negara yang berpendapat bahasa Inggeris mampu memperkukuhkan kedudukan masyarakat itu sendiri. Misalnya, di Malaysia sendiri wujudnya tuntutan akademik di institusi pendidikan tinggi yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sesi pembelajaran bagi subjek-subjek tertentu. Secara tidak langsung, golongan pelajar ini mengalami proses pemerolehan bahasa kedua melalui polisi yang diterapkan oleh negara sendiri.

ii)Pertuturan dengan sesuatu kaum yang lain


     Faktor yang kedua ialah pertuturan dengan sesuatu kaum yang lain dimana situasi ini mendesak seseorang individu itu mempelajari bahasa kedua mereka akibat dari aspek persekitarannya. Perkara ini boleh berlaku kepada individu yang telah berpindah ke sesuatu tempat yang lain dimana penuturnya di kawasan itu majoritinya menggunakan bahasa mereka sendiri. Oleh itu, individu tersebut perlu mengusai bahasa penutur di kawasanya itu secara baik bagi memudahkan komunikasi antara mereka. Maka, seseorang individu itu dapat menyampaikan maklumat atau menerima maklumat dengan fahaman yang baik disamping tidak terasing dari kaum yang ada disekitarnya. Sebagai contoh, individu yang berasal dari Malaysia yang berhijrah ke Filipina sewajarnya mempelajari bahasa Tagalog untuk memudahkan komunikasi mereka kerana bahasa Tagalog merupakan bahasa rasmi penutur di Filipina.

 

iii)Pengaruh ibu bapa yang menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa komunikasi di rumah

     Faktor yang ketiga ialah pengaruh ibu bapa yang menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa komunikasi di rumah. Selaras dengan zaman moden kini, wujud ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka dengan berkomunikasi menggunakan bahasa kedua mereka iaitu bahasa Inggeris. Di Malaysia sendiri ramai pasangan ibu bapa menerapkan penggunaan bahasa Inggeris kepada anak-anak mereka dimana mereka berpendapat ianya mampu meningkatkan kemahiran berbahasa sejak awal lagi. Maka penerapan proses pemerolehan bahsa kedua wujud melalui penagruh ibu bapa di rumah.

 

MASALAH PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

i)Kurang pendedahan pada peringkat kanak-kanak

Masalah pemerolehan bahasa kedua yang pertama adalah kurang pendedahan pada peringkat kanak-kanak. Kajian mendapati otak manusia berkembang pada tahap tertinggi iaitu 91% pada lingkungan usia 4 hingga 6 tahun. Ibu bapa sewajarnya memainkan peranan penting untuk membangunkan perkembangan otak anak. Lebih-lebih lagi dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun atau lebih dikenali sebagai “Golden Age”. Berikut adalah perkongsian Dr Taufiq Razif mengenai perkembangan otak anak yang ibu bapa sepatutnya cakna;

 

 

Melalui perkongsian ini, kita dapat lihat bahawa pada usia lingkuangan 4 hingga 6 tahun perkembangan otak manusia berada pada tahap yang sangat baik. Proses pemerolehan bahasa kedua akan menjadi lebih sukar apabila sesuatu bahasa dipelajari ketika seseorang individu itu mencecah atau melebihi usia akil baligh. Pengusaan bahasa kedua akan lebih sukar dipelajari walaupun mengambil seorang dewasa itu mengambil tempoh masa yang panjang untuk mempelajarinya.

ii) Pengaruh individu dengan dialek

Masalah yang berikutnya ialah pengaruh individu dengan dialek. Menurut Nik Safiah Karim (2014:5) dialek daerah atau ‘dialek georgafi’ bermaksud sesuatu bahasa yang mungkin mempunyai banyak variasi. Beliau juga berpendapat dialek daerah ini bergantung kepada sejarah perkembangannya, jumlah penduduk dan luas daerah penyebarannya. Secara umumnya penggunaan dialek daerah bagi seseorang individu telah didedahkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa. Namun begitu, akan berlakunya pertembungan bahasa dialek dengan bahasa standard apabila mereka memasuki sistem persekolahan akibat daripada penggunaan dialek yang wujud dalam diri individu sejak kecil seperti dialek Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan lain-lain. Misalnya;

 


Pengaruh yang tinggi terhadap dialek daerah inilah yang mungkin menyukarkan seseorang individu untuk menajalani proses pemerolehan bahasa kedua.

 

 

iii) Percampuran antara satu bahasa dengan bahasa lain atau “Code Mixer”

 

Masalah yang lain ialah percampuran antara satu bahasa dengan bahasa yang lain atau “Code Mixer”. Wujud percampuran kod dalam kehidupan individu atau kelompok manusia yang meneyebabkan pertembungan dua bahasa. Sebagai contoh, di negara Malaysia sendiri wujud istilah “Manglish” iaitu percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang sudah menjadi suatu kebiasaan masyarakat di Malaysia menggunakannya. Tamsilnya,

 

iv)Kurang mempraktikkan penggunaan bahasa kedua

 

Masalah yang terkahir ialah kurang mempraktikkan penggunaan bahasa kedua. Kadangkala penggunaan bahsa kedua ini hanya dipelajari disebabkan desakan pembelajaran sahaja. Sesetengah individu hanya menggunakan atau mempelajari bahasa kedua mereka untuk kepentingan tertentu sahaja. Contohnya, dalam sistem pembelajaran iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menjadi subjek bahasa Inggeris sebagai subjek teras yang perlu dikuasai pelajar untuk lulus dalam sesuatu peperiksaan. Namun begitu, mereka tidak mempraktikkan atau menggunakan bahasa Inggeris di luar bilik darjah kerana wujud sifat yang merasakan bahasa ini tidak penting atau berasa malu kerana mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

 

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA PEMEROLEHAN KEDUA

 

i)Kaedah terus

Kaedah terus merupakan kaedah yang tidak asing dalam pengajaran bahasa pemerolehan kedua. Kaedah yang diperkenalkan oleh Michell dan Harald Palmer ini juga dikenali sebagai kaedah tentera kerana telah digunakan oleh tentera Amerika ketika perang dunia kedua. Di dalam penggunaan kaedah ini pelajar tidak digalakkan menggunakan bahasa ibunda mereka bagi mengelakkan percampuran bahasa yang akan timbul.

ii)Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ajuk hafaz merupakan kaedah yang juga dikenali sebagai “Informat-Drill”. Kaedah ini dilakukan dengan melibatkan seseorang untuk menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Kaedah ini boleh dilakukan melalui demonstrasi dimana cara ini melibatkan pertuturan dan sebutan yang dilaksanakan oleh guru atau penutur jati di dalam kelas. Bukan itu sahaja, ianya boleh juga dilakukan melalui cara latih tubi, penutur jati akan membaca ayat beberapa kali diikuti oleh pelajar sehinggalah mereka hafal dalam masa tertentu. Kaedah ini mempunyai kelebihan dimana jika tiada penutur jati, rakaman boleh digunakan.

iii)Kaedah Suggestopedia

Kaedah suggestopedia merupakan satu kaedah yang melibatkan sesuatu aktiviti pembendaharaan kata, bertutur antara satu individu dengan individu lain, membaca dan sebagainya. Penggunaan muzik dalam kaedah ini juga mampu meningkatkan proses pemerolehan bahasa dimana muzik mampu memberikan rasa tenang disamping merangsang keupayaan serta keseimbangan otak kiri dan kanan.



Rujukan


Norul Haida Binti Hajah Reduzan. 2013. Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Khazriyati Salehuddin. 2018. Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandqsoan Bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seonjono Dardjowidjojo. 2007. Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dan Issac Slobin. 1991. Ilmu Psikolinguistik.Sepangir: Percetakan Asni Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, Adenan Ayob. 2010. Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Emeritus Publication.

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KECELARUAN BAHASA

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA