Posts

Showing posts from December, 2022

KECELARUAN BAHASA

Image
  KECELARUAN BAHASA (DISLEKSIA) Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka yang telah mencecah umur 12 bulan mula mengeluarkan perkataan dari mulutnya seperti “mama”dan “papa”?. Namun begitu, sesetenagh kanak-kanak tidak mengalami situasi demikian atas faktor-faktor yang tertentu dimana salah satu penyebabnya ialah kecelaruan bahasa (language disorders) atau boleh kita kategorikan sebagai disleksia. APA ITU KECELARUAN DISLEKSIA? Disleksia tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi ianya merupakan gangguan pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, menurut Sheula Devaraj dan Samsilah Roslan. disleksia berasal daripada perkataan Greek dys yang bermaksud “kesukaran”dan lexis yang bermaksud “bahasa”. Walaupun begitu ianya bukan bermakna kanak-kanak ini mempunyai masalah pada mentalnya dimana menurut Kementerian Pelajaran Mlaysia (KPM) sendiri, murid yang mengalami disleksia ini merupakan murid yang mempunyai tahap kecerdasa...

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Image
  KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA      Secara umumnya, pemerolehan bahasa kedua merupakan satu bahasa yang diperoleh oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya. Proses pemerolehan bahasa kedua ini boleh berlaku dalam keadaan formal atau tidak formal dimana ianya merujuk kepada bahasa yang sedia ada dalam persekitaran individu tersebut dan kebiasaanya proses pemerolehan bahasa ini melibatkan individu dewasa. Walaupun persekitaran mempengaruhi pemerolehan bahasa kedua ini tetapi ianya tidak mustahil diperolehi melalui faktor-faktor yang lain.   FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA   i)Polisi sesebuah negara        Faktor yang pertama ialah polisi sesebuah negara dimana polisi merupakan satu dasar kerajaan yang menetapkan satu-satu perkara untuk rakyatnya melaksanakan dasar tersebut. Dalam konteks ini wujud negara yang telah menetapkan bahasa kedua bagi negara mereka. Misalnya, Sweden, Denmark, Singapura, dan ...

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Image
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA? Pemerolehan bahasa pertama merupakan satu peringkat pemerolehan bahasa yang tidak langsung. Dengan erti kata lain, individu yang terlibat pada peringkat ini tidak melalui aktiviti pembelajaran bahasa terdahulunya dimana individu yang dimaksudkan ini ialah kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum kemahiran berbahasa pada peringkat kanak-kanak atau bayi sangatlah minimum. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak atau bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai kemampuan otak setara dengan individu dewasa. Perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat ini bergantung kepada faktor sekeliling termasuk ibu bapa yang memebesarkan anak tersebut. Maka terdapat beberapa peringkat yang dilalui kanak-kanak untuk mencapai satu-satu tahap bahasa.   PERINGKAT VOKALIS ATAU BABELAN                        Pada peringkat babelan atau vokalis inilah wujudnya b...